Saturday 28 June 2014

PAKEJ HIDANGAN KELUARGA


Anda sedang mencari hidangan yang istimewa untuk keluarga tersayang, hidangan istemewa untuk anak-anak yang berpuasa atau tetamu yang akan bertandang untuk berbuka puasa nanti? Jom cuba aneka nasi berempah yang cukup istemewa ini. Tak rugi tau.... Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia.




PAKEJ 1

1 Nasi Mandy Ayam Saudi (kotak biru) - RM 15
1 Nasi Maqluba Ayam (kotak kuning) - RM 15
1 Nasi Kabsah Ayam (kotak merah) - RM 15
1 Nasi Mandy Kambing Yaman (kotak hijau) - RM 15
2 paket OAT Choco  (RM 12 X 2) - RM 24

Jumlah RM 84

Kos pos RM 15 / RM 25 Sabah/Sarawak

Jumlah termasuk pos RM 99
Sabah/ Sarawak RM 109







PAKEJ 2

1 Nasi Mandy Ayam Saudi (kotak biru) - RM 15
1 Nasi Maqluba Ayam (kotak kuning) - RM 15
1 Nasi Kabsyah Ayam (kotak merah) - RM 15
1 Nasi Mandy Kambing Yaman (kotak hijau) - RM 15

Jumlah RM 60


Kos pos RM 11 (skynet) / RM 25 Sabah/Sarawak


Jumlah termasuk pos RM 71
Sabah/Sarawak RM 85







PAKEJ 3

4 Nasi Mandy Ayam Saudi (kotak biru) (RM15X4) - RM 60
2 paket Oat Choco  (RM12X2) - RM 24

Jumlah RM 84

Kos pos RM 15 (skynet) / RM 25 Sabah/Sarawak

Jumlah temasuk pos RM 99
Sabah/Sarawak RM 109







PAKEJ 4

4 Nasi Maqluba Ayam (kotak kuning) (RM15X4) - RM 60
2 paket Oat Choco (RM12X2) - RM 24

Jumlah RM 84

Kos pos RM 15 / RM 25 Sabah/Sarawak

Jumlah termasuk pos RM 99
Sabah/Sarawak RM 109







PAKEJ 6

4 Nasi Mandy Kambing Yaman  (kotak hijau) (RM15X4) - RM 60
2 paket Oat Choco (RM12X2) -  RM 24

Jumlah RM 84

Kos pos RM 15 / RM 25 Sabah/Sarawak

Jumlah termasuk pos RM 99
Sabah/Sarawak RM 109







PAKEJ 8

4 Nasi Kabsyah Ayam (kotak merah) (RM15X4)  - RM 60
2 paket Oat Choco (RM12X2) - RM 24

Jumlah RM 84

Kos pos RM 15 / RM 25 Sabah/Sarawak

Jumlah termasuk pos RM 99
Sabah/Sarawak RM 109



Untuk tempahan boleh hubungi saya melalui :
Pm FB : rafizah hamzah
Email : pn.rafizahhamzah@gmail.com
Whatsapp : 016-7466929

Monday 23 June 2014

Terus usaha jangan berhenti / Matematik

Teks: Rafizah Hamzah.

Seminggu sibuk, tidak sempat hendak berblog. Siapkan tempahan langsir dan baju untuk hari raya . Sebolehnya hendak siapkan sebelum puasa. Maklumlah setiap tahun bila bulan puasa memang tidak menang tangan dibuatnya. Terasa tahun ini hendak menyiapkan beberapa cookies seperti tart gulung, cornfleks madu dan marmar carries untuk hari raya.

Hari ini seperti biasa saya senaraikan lima soalan Matematik. Bagi yang seronok membuat pengiraan teruskan. Bagi yang sedang mencuba, teruskan usaha anda jangan berhenti dan cepat putus asa. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. 


SOALAN MATEMATIK.

SOALAN 1.

Hassan ada 400 keping setem. Dia memberi 5% daripada setem itu kepada kawannya. Kemudian dia memberi 10% daripada baki setem itu kepada adiknya. Berapa kepingkah setem yang diberi kepada adiknya?

SOALAN 2.

Purata 4 biji durian di dalam sebuah bakul ialah 2.65 kg. Apabila sebiji durian lagi dimasukkan ke dalam bakul itu, purata berat kelima-lima biji durian menjadi 3.05 kg. Berapakah berat durian yang kelima itu?

SOALAN 3.

Laila membeli 15 m reben. Dia menghiasi 10 buah anak patung daripada reben itu. Jika setiap anak patung memerlukan 3/5 m reben, berapakah panjang reben yang tinggal?

SOALAN 4.

Harga sebungkus biskut ialah RM 2.50. Bagi setiap 5 bungkus biskut itu, potongan harga RM 2.00 ditawarkan. Razak membeli 12 bungkus biskut itu. Berapakan wang yang perlu Razak bayar?

SOALAN 5.

1/6 daripada 240 ekor ikan telah dijual. Bakinya diisikan secara sama banyak dalam 8 buah kotak. Berapakah ekor ikan terdapat dalam setiap kotak?


Selamat mencuba.....

( untuk semak jawapan, sila lihat di bahagian comment )


Selamat Hari Lahir Sayang

Teks: Rafizah Hamzah.

Sudah seminggu saya tidak entry blog. Bukan apa, sibuk mengalahkan PM. Minggu lepas, sibuk siapkan tempahan langsir dan baju. Dan minggu lepas juga hari yang istimewa bagi saya sebagai seorang ibu kerana menyambut hari lahir anak-anak perempuan saya. Bunyinya macam ramai, kan. Tidaklah ramai cuma dua orang sahaja. 

Aireen Qaisara baru pertama kali menyambut hari lahirnya pada 19hb Jun. Mungkin selalu melihat rakan-rakan di sekolah menyambut hari lahir dengan memotong kek, dia juga seolah-olah teruja dengan sambutan untuk dirinya. Kami raikan hanya dengan jamuan kecil dan ringan sebab tiada perancangan.





Aisyah Maisara si kakak pula menyambut hari lahir yang ke empat pada 21hb Jun. Jamuan ringan kami raikan di rumah ibubapa saya bersama keluarga besar kami. 




Cadangnya kami ingin sambut serentak di rumah ibu bapa saya tetapi, memikirkan ini adalah kali pertama Aireen menyambutnya, kami raikan bersama keluarga di rumah. Kecoh juga rumah kami pada hari tersebut lebih-lebih lagi, Aireen yang baru bertatih menunjukkan keletahnya.

Jauh disudut hati, saya akui perasaan saya bercampur-baur melihat anak-anak membesar depan mata. Ada rasa sebak, sedih, sayu, gembira dan bahagia. Terasa adakalanya saya terlepas pandang saat-saat penting dalam hidup mereka. Masih belum puas rasanya saya mendakap, membelai, mencium mereka tau-tau saja mereka telah melangkah remaja. Masa benar-benar cepat berlalu pergi. Namun, anak-anak saya tetap menjadi anak kecil di hati saya sampai bila-bila. Walaupun saya tahu suatu hari nanti saya terpaksa melepaskan mereka.

Doa saya tidak pernah putus buat anak-anak saya Arif, Ariffin, Aisyah dan Aireen. Semoga mereka sentiasa diberi kesihatan yang baik, jadi anak yang soleh dan solehah, bijak dan pandai dalam semua perkara, murah rezeki, pemurah, bertanggungjawab, penuh kasih sayang dan yang paling penting sentiasa mendoakan untuk kami ibubapa mereka.

*  Kasih Mummy dan Daddy tetap tidak akan berubah. Kami sayang kalian hingga akhirat....Amin.


Kekasih pertama ku.

Teks: Rafizah Hamzah

Kau adalah lelaki pertama yang bertakhta  di hati. Kasih sayangmu terasa bergerak dalam setiap denyutan nadi dan hela nafas ini. Hingga kini aku masih menjadi puteri kecilmu walaupun aku telah jauh dewasa.

Maafkan aku jika kehadiran lelaki lain melukai hati kecil mu, namun masih ku ingat senyuman gembira mu tatkala menyerahkan aku kepada lelaki itu. Keampunan juga kupohon jika masih ada segaris luka yang masih tersisa dengan keterlanjuranku.

Ayah, terima kasih atas pahit jerih, penat lelah dan kasih sayang mu yang tidak berbelah bahagi yang tidak mungkin dapat ku balas. Dirimu tetap bertakhta dalam hati ini hingga ke mati. Akan kubawa kasih ini hingga akhirat. 

SELAMAT HARI BAPA,  AYAH......I LOVE YOU. 

*  Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kedua ibubapa ku, kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi dan mengasihani aku semasa aku kecil dahulu. Berilah mereka kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan, terimalah amal ibadat mereka dan makbulkanlah doa-doa mereka ....Amin.

Saturday 14 June 2014

Mulakan hari dengan ceria / Matematik

Teks: Rafizah Hamzah.

Hari pertama persekolahan semesta ke dua (Negeri Johor). Ada tak pepagi ni ibu-ibu yang kelam kabut siapkan anak-anak ke sekolah. Maklumlah, sudah tiga minggu anak-anak bangun lewat, pasti pagi ni ada yang liat nak bangun pagi. Rasanya ada juga ibu-ibu yang terlewat bangun terlupa kunci jam.

Walau apa pun, ibu-ibu mulakan hari dengan ceria, berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sahaja kerana kita akan kekal begitu seharian. Sebelum meneruskan tugas rutin, pastikan bersarapan dulu,  walaupun dengan sekeping biskut dan secawan kopi. 

Seperti selalu saya akan tinggalkan beberapa soalan Matematik untuk latih tubi anak-anak kita. Saya berharap soalan-soalan yang saya tinggalkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Andai ada yang kurang faham boleh pm atau email saya.


SOALAN MATEMATIK.

Soalan 1.

Pak Samad membela 72 ekor ayam dan 60 ekor itik. 1/4 daripada ayam dan 2/5 daripada itik telah dijual. Hitungkan jumlah ayam dan itik yang belum dijual.


Soalan 2.

Untung daripada jualan 8 helai baju yang sama ialah RM 104, Harga jual sehelai baju itu ialah RM 49. Hitung harga kos sehelai baju itu.


Soalan 3.

Markah tiga orang murid dalam satu ujian:
Che Pa:  86
Ryzzal:   94
Lina:      96

Markah Nora adalah 3/4 daripada purata markah 3 orang murid di atas. Berapakah markah Nora? 


Soalan 4.

Panjang empat utas tali seperti berikut:
Merah:   70 cm
Biru:      1.3 m
Hijau:   95 cm
Putih:   1m 25 cm

Hitung purata panjang keempat-empat utas tali itu, dalam m.


Soalan 5.

Harga asal dan diskaun sepasang kasut dan sehelai baju.
Barang         Harga asal          Diskaun
Kasut             RM 80               15%
Baju               RM 50               20%

Hitung jumlah harga sepasang kasut dan sehelai baju selepas diskaun.


Jangan tak cuba tau...


( untuk semak jawapan, sila lihat di ruangan comment )


Friday 13 June 2014

Jemput-jemput Filet Inoki.

Teks: Rafizah Hamzah.

Waktu cuti sekolah ini, banyak permintaan juadah dari anak-anak. Setiap hari  otak berputar ligat memikirkan nak masak apa? Ya, lahkan hari-hari masak kekadang, tak  tau nak masak apa. Sampai satu ketika hanya ikan goreng dan sayur sup / sayur masak air ( nama masakan opah ) sahaja menjadi hidangan tengahari dan malam.

Hari ini cuti, dah lama tak makan cucur. Opah selalu sebut jemput-jemput. Tak tau pulak kenapa digelar macam tu. Mungkin ketika goreng diambil sejemput-sejemput dimasukan dalam kuali. Opah selalu masak jemput-jemput bawang dan ikan bilis.

Hari ini saya nak ubah resepi Opah . Kalau ada yang nak mencuba silakan ya, tak payah minta izin ya. 

JEMPUT - JEMPUT FILET INOKI.
Bahan-bahan.
500g    tepung
5 pcs    filet ketam
1pkt     cendawan inoki
1biji     telur
sedikit garam
air secukupnya  
( ada yang suka letak lada merah, daun bawang atau daun sup boleh letak ya )

Cara membuatnya sama macam buat cucur. Campur semua bahan-bahan. Filet ketam tu potong dua lepas tu potong memanjang ( potong ikut selera sendiri ).

Opah pesan, cara  masak ikut acuan atau cara sendiri. Cuma bila masak mulakan dengan Bismillah, hati mesti ikhlas dan masak dengan penuh kasih sayang. Sa mbil-sambil tu, doa dalam hati semoga air tangan kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Suami dan anak-anak bertambah sayang dengan kita.


Wednesday 11 June 2014

Langkah-langkah pengendalian alat elektrik / Sains

Teks: Rafizah Hamzah.

Di zaman teknologi canggih kini, elektrik amat penting dalam kehidupan seharian. Boleh dikatakan hidup kita tidak lengkap jika tidak ada elektrik. Kalau masa 'blackout' rasa macam mati kutu kita dibuatnya kan. Apa tidaknya dari memasak, mencuci dan mengemas elektriklah sumbernya. Bukan itu sahaja berblog pun kena guna elektrik.

Di sini saya tuliskan sedikit penerangan ringkas tentang tenaga elektrik. Anak-anak sekolah rendah boleh baca dan ambil nota. Mummy atau Daddy boleh baca dengan santai  untuk tambah sedikit pengetahuan.

SUMBER TENAGA ELEKTRIK.

Sumber tenaga elektrik terdiri daripada sel kering iaitu menghasilkan sumber tenaga yang sedikit. Ia digunakan dalam alat elektrik yang kecil seperti lampu suluh, radio, kamera, jam dan kereta mainan.  Akumulator ( bateri ) pula digunakan pada kenderaan seperti lori, kereta dan motosikal. Dinamo pula biasa digunakan pada basikal untuk menyalakan lampu basikal. Sel solar juga dikenali sebagai Sel Suria. Sel Suria ini menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik. Selain daripada digunakan pada kalkulator, ia juga membekalkan tenaga elektrik dirumah dan membekalkan tenaga elektrik kepada satelit di angkasa lepas. Jana kuasa hidroelektrik  dan  jana kuasa elektrik.

Arus elektrik hanya dapat mengalir dalam satu litar elektrik yang lengkap. Litar elektrik ialah laluan arus elektrik dari sumber tenaga elektrik ke alat elektrik dan balik semuka ke sumber tersebut. Litar elektrik yang ringkas, terdiri daripada sumber kuasa (sel kering) untuk membekalkan tenaga. Wayar penyambung untuk mengalirkan arus elektrik / menyambung komponen lain. Mentol untuk memancarkan cahaya dan suis pula untuk mengalirkan atau memutuskan aliran arus elektrik. 

Terdapat dua jenis litar elektrik yang disambung iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam litar bersiri, mentol-mentol disusun secara bersiri iaitu bersebelahan antara satu dengan yang lain dalam laluan yang sama. Litar selari pula, mentol-mentol disusun selari iaitu dalam laluan yang berlainan. Dalam rumah kita, litar disambungkan secara selari kerana apabila satu komponen dalam litar rosak, komponen yang lain akan masih berfungsi.

CARA MENGENDALIKAN ALAT ELEKTRIK DENGAN BETUL.

Langkah-langkah yang betul mesti diambil apabila menggunakan alat-alat elektrik. Pengendalian alat-alat elektrik secara tidak betul akan menyebabkan kecederaan seperti kejutan elektrik, kebakaran, renjatan elektrik dan melecur.

Antara langkah yang perlu diambil semasa menggunakan alat elektrik adalah seperti berikut :-
a)   Jangan sentuh alat elektrik dengan tangan yang basah.
b)   Jangan sentuh suis dengan tangan yang basah.
c)   Jangan guna alat elektrik yang rosak.
d)   Jangan guna alat elektrik yang mempunyai wayar penyambung yang rosak.
e)   Jangan memasukkan objek ke dalam bekalan kuasa elektrik.
f)   Jangan memperbaiki alat elektrik yang rosak.
g)  Jangan menyambung terlalu banyak alat elektrik pada satu plug.

Jika seseorang terkena kejutan elektrik, jangan sentuh mangsa. Guna penebat seperti getah atau plastik untuk mengendalikan mangsa kejutan elektrik untuk mencegah kita daripada terkena kejutan elektrik juga.     


Monday 9 June 2014

"Mahalnya upah tempahan awak.."

Teks: Rafizah Hamzah.

Anda pernah menjahit? Bagi tukang jahit, mesti jawapannya pernah. Bagi bukan tukang jahit pulak, mesti jawab pernah juga. Betullah tu, kalau jahit pakaian koyak atau lencana anak pun dikira jahit juga. Tapi, maksud saya disini, sebidang kain yang sekeping dipotong, dicantum menjadi sepasang  baju,  langsir dan  lain-lain..

Pernah atau tidak anda persoalkan harga baju atau langsir tersebut? Apa pendapat anda yang tidak tahu menjahit, dengan harga yang ditawarkan? Ada yang merunggut, baju kanak-kanak hampir sama harga tempahan dengan baju orang dewasa.

Baju kanak-kanak sebenarnya lebih rumit dari baju orang dewasa kerana saiznya yang kecil dan ada kalanya agak sukar untuk menjahit menggunakan mesin terutama dibahagian sauk lengan, leher dan zip.  Sebenarnya proses menjahitnya sama kena ukur, potong, jahit tepi dan jahit. Tidak hairanlah harga baju kanak-kanak yang siap dijual sama dengan harga baju orang dewasa.

Sebenarnya fikiran tukang jahit sangat ligat berfikir ketika memegang kain. Setuju tak kenkawan? Selalunya  kita perlu memastikan warna benang yang sesuai, corak yang bertepatan, cara memotong yang betul untuk mengelakkan kain tidak cukup, ukuran yang betul agar pelanggan selesa memakainya dan yang penting, jahitan haruslah nampak cantik dan kemas.

Ada jenis kain yang agak rumit untuk dipotong dan dijahit. Biasanya kain jenis ini adalah yang licin dan lembut seperti satin, sutera, shiffon, lycra dan sebagainya. Untuk menjahit kain jenis ini sebenarnya perlu diberi tumpuan sepenuhnya dan perlu ada teknik yang betul  untuk mendapatkan hasil yang cantik dan kemas  kerana sifatnya yang licin dan lembut agak sukar ketika menjahitnya.

Pelanggan juga selalu merunggut kerana harga alteration hampir sama atau lebih mahal daripada harga tempahan. Tahukah anda, bahawa proses alteration juga memerlukan kerja dua kali ganda kerana benang-benang perlu ditetas, setelah itu saiz perlu di ukur dan dipotong semula mengikut kehendak pelanggan dan barulah dijahit semula. Proses ini memakan masa lebih daripada menghasilkan jahitan biasa.

Antara lain faktor-faktor yang menyebabkan tempahan menjadi mahal ialah, masa yang diminta oleh pelanggan biasanya agak singkat. Ada pelanggan yang hantar hari ini, mahu ambil keesokkan harinya. Masa rehat, memasak, mengemas dan masa yang telah diperuntukan untuk keluarga telah diganti dengan menyiapkan tempahan. Rasanya adilkan jika harga tempahan dinaikkan sedikit.

Harga sewa kedai ( bagi kedai jahit ), benang, kun, upah tulang belut, zip, getah, elektrik yang semakin tinggi kosnya juga antara sebab kenapa upah tempahan mahal.

Dengan sedikit penjelasan di atas, apa pandangan anda? Rasanya mahal atau tidak harga upah tempahan yang ditawarkan? Berbaloikah harga jika pakaian anda nampak kemas dan cantik? Persoalannya pernahkah anda menjahit? Cubalah jahit pakaian sendiri. Tidak salah jika kita mencuba, kan? Manalah tahu anda sebenarnya memang berbakat dalam bidang jahitan.




Friday 6 June 2014

Angan-angan dan cita-cita / Bahasa Malaysia

Teks: Rafizah Hamzah

Anda ingat tak, angan-angan sewaktu kecil? Yang seronoknya, apabila berangan, kita akan merealisasikan angan-angan kita pada waktu itu juga. Kalau kita berangan nak jadi cikgu, habis kawan-kawan akan jadi murid-murid kita. Kalau berangan nak jadi doktor, pasti ibu atau ayah akan menjadi mangsa pesakit kita. Saya sendiri pernah  berangan nak jadi tukang masak, saya sanggup meredah anak sungai menangkap ikan mata lalat dan habis rosak pokok bunga yang ditanam  ibu. Apa tidaknya, saya petik daun-daun untuk dijadikan lauk. Bukan itu sahaja periuk dan pinggan mangkuk ibu juga menjadi mangsa. 

Bagaimana pula dengan cita-cita anda. Adakah cita-cita anda telah tercapai? Yang pastinya, tidak semua cita-cita yang diharapkan suatu masa dahulu menjadi kenyataan. Kalau dulu kita bercita-cita hendak menjadi peguam, mungkin sekarang kita seorang guru. Mungkin juga jika dulu kita bercita-cita untuk menjadi seorang tukang jahit, tetapi kini bukan sahaja menjadi tukang jahit malah seorang usahawan butik yang berjaya.

Walauapa pun bidang kerjaya yang kita ceburi, buatlah dengan ikhlas dan sepenuh hati selagi ia tidak bercanggah dan menyalahi fitrah hidup manusia.

Hari ini, kita akan cuba untuk menulis sebuah karangan berbentuk cereka. Karangan cereka juga dikenali sebagai karangan pengisahan atau naratif. Ciri-ciri yang perlu ada dalam karangan cereka ini ialah mesti mempunyai peristiwa atau tema. Karangan ini perlu ada watak, tempat berlakunya peristiwa atau latar. Selain itu, ia juga perlu mempunyai sebab dan akibat dan yang paling penting ialah jalan cerita atau plot. Cerita yang ditulis perlu ada perasaan seperti kesal, geram, gembira atau sedih.



"Sekiranya Saya Menjadi Perdana Menteri." di bawah, saya sertakan contoh isi-isi penting yang boleh dijadikan panduan.

Pendahuluan:

Saya memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti.

Isi-isi:

.  Saya akan memastikan negara Malaysia akan terus maju dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan budaya.

-  Saya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang penduduknya berpendidikan dan berpengetahuan luas.

-  Saya mahu menjadikan Malaysia terkenal diseluruh dunia sebagai sebuah negara maju.

-  Saya akan menitikberatkan pembangunan rohani dan masalah sosial.

-   Saya mahu Malaysia mempunyai hubungan baik dengan semua negara di dunia ini.

Penutup:

Saya berharap agar cita-cita saya akan tercapai pada suatu masa nanti.


Selamat mencuba dan nantikan jawapannya esok...


(untuk semak jawapan, sila lihat di ruangan comment)

Thursday 5 June 2014

Jom Tambah Pendapatan

Teks: Rafizah Hamzah.

Beberapa minggu lagi Bulan Ramadhan akan tiba. Pasti ramai yang tertunggu, hari yang penuh keberkatan ini. Apa tidaknya, setiap kebaikan yang kita buat, berganda pahala yang akan kita dapat. 

Apa kata sebelum bulan puasa ni, kita pakat ramai-ramai untuk menjana dan menambah pendapatan. Mudah-mudahan di hari raya nanti, kita boleh menarik nafas lega kerana pendapatan kita ini dapat menampung apa yang kurang. Maklumlah walau sesederhana mana pun persediaan kita, pasti terasa agak terbeban juga. Tambahan lagi, kos perbelanjaan yang agak tinggi sekarang ni.

Jom sertai saya, kita buat duit hari raya dengan :-

1.  Memborong telekung solat.

2.  Projek duit raya - serunding, pes nasi arab, beras nasi dagang dll

3.  Bisnes makanan sunah - kurma dan madu.

4.  Bes Minuman Berperisa Jambu Batu Merah (Pink Guava), Roselle Juice, Kiwi, Orange dan Mangga.


Jangan tunggu lama-lama tau, kalau berminat boleh isi borang tempahan atau terus hubungi saya di :-


Email:  pn.rafizahhamzah@gmail.com
PM FB:  Rafizah Hamzah
Whatssap / SMS:  016-7466929


Wednesday 4 June 2014

Masa itu emas / Matematik

Teks: Rafizah Hamzah.

Kata orang dulu-dulu masa itu emas. Betul ke? Tentulah jawapannya bukan. Itu cuma perumpamaan. Apa yang cuba dinyatakan ialah, masa kita amat berharga seumpama emas. Tetapi yang peliknya, kenapa orang selalu buang masa, tetapi tidak pula emas. Mungkin masa bukanlah sesuatu yang boleh dipegang dan nampak bernilai seperti emas. 

Allah telah beri kita setiap seorang masa yang sama iaitu 24 jam. Persoalannya ialah, berapa jamkah yang kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Orang yang sibuk atau rajin tahu manfaatkan masa. 24 jam memang tidak mencukupi bagi mereka tetapi, orang yang malas, hanya akan  melihat  dan menghitung masa berlalu tanpa ada rasa.

Jom kita cuba lagi selesaikan soalan matematik di bawah :-


SOALAN MATEMATIK.

Soalan 1.
Sebuah bas bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada jam 1030. Perjalanan itu mengambil masa 5 jam 45 minit. Nyatakan waktu bas itu tiba di Johor Bahru dalam sistem 24 jam.


Soalan 2.
Nyatakan pukul 10.05 p.m. dalam sistem 24 jam.


Soalan 3.
Sebuah kereta api mengambil  masa 11 1/2 jam untuk perjalanan dari bandar P ke bandar Q. Jika kereta api itu bertolak dari bandar P pada pukul 8.45 p.m. hari Khamis, bilakah kereta api itu sampai di bandar Q?


Soalan 4.
Selisih umur antara Zaidi dan abangnya ialah 21 bulan. Hitungkan umur Zaidi jika umur abangnya ialah 15 tahun.


Soalan 5.
Pada tahun 2004, Puspa menyimpan RM 0.45 setiap hari pada bulan Febuari dan Mac. Berapakah jumlah wang yang disimpannya dalam tempoh 2 bulan itu?


Selamat mencuba.

( untuk semak jawapan, sila lihat di bahagian comment )


Monday 2 June 2014

Utamakan keselamatan.

Teks: Rafizah Hamzah

Apa perancangan anda hari ini? Pasti berazam hendak menyiapkan kerja-kerja yang tergendala semalam. Semalam, saya merancang untuk menyiapkan tempahan menjahit langsir. Tetapi tergendala. Hubby tetiba je balik....jeng jeng jeng. ..rupa-rupanya dia merancang hendak memasang awning. Hubby memang tidak ada kepakaran untuk membuat awning apatah lagi memasangnya. 

Walaupun kurang yakin, tetapi saya percaya dengan semangat dan keyakinannya dia boleh lakukan (cewah). Sebenarnya, dia memang pakar dalam pembuatan perabot. Perbezaan yang ada hanya perabot ialah kayu dan awning ialah besi. Mangsa utamanya ialah saya. Adeh, kerja ni memang memenatkan tapi apa boleh buat, tidak ada sesiapa yang boleh membantu.

Sebenarnya melakukan kerja-kerja pembinaan ini, perkara yang sangat perlu diutamakan ialah keselamatan (safety first) walaupun sekecil-kecil perkara perlu  diambil  kira. Kesilapan yang kecil,  boleh memberi impak besar jika diabaikan.

Sebagai contoh semalam, kesilapan saya hanya meletak soket di tepi anak tangga yang hubby pijak (sebenarnya hubby telah pesan, soket perlu di gantung sisi tangga). Dengan tidak sengaja, hubby yang mahu turun tangga, telah terpijak dan hampir jatuh dari tangga. Dan lebih teruk lagi, mesin drill yang dipegangnya telah terlepas dan nyaris  mengenai kepala saya yang berada dibawah. Ngerikan bila drill yang berat tu terhentak di kepala macam seketul batu besar menghentak kepala kita.

Sebagai peringatan, jauhi anak-anak daripada berdekatan dengan kawasan pembinaan. Mereka lebih terdedah dari bahaya. Anak-anak sebenarnya suka berada berdekatan dengan kita apabila kita bekerja. Mereka akan bermain berhampiran kita. Namun, bahaya paku yang bersepah akan tertusuk di kaki, pisau yang tajam dan barang-barang pembinaan yang bersepah boleh  buat mereka jatuh ketika bermain atau berlari. 

Apa yang penting, keselamatan perlu diutamakan dan kurangkan atau tiada langsung risiko kemalangan. 

Alhamdulillah semuanya telah siap jam tujuh malam semalam. Dan hari ini saya boleh meneruskan rancangan untuk menjahit tempahan langsir.

Kualiti yang memadai / English

Teks: Rafizah Hamzah

Macam mana,  soalan Matematik yang lepas? Tahniah dan syabas kerana ada yang telah berjaya menjawab semua soalan dengan tepat. Kepada mereka yang kurang berjaya, usaha dan cuba lagi. Setiap hari kita boleh beri soalan yang santai-santai untuk anak-anak kita walaupun sedikit, tetapi memadai. Yang penting, qualiti yang mereka dapat. Jika mereka kurang mahir, quantiti tidak dapat membantu.

Hari ini saya akan beri soalan teka-teki. Siapa boleh jawab?  

WHO IS THESE PEOPLE.

1.   He sells bread and bun on his motorcycle.

2.   She sells fish and seafood.

3.   She looks after our teeth.

4.   He grows vegetables and rears chickens and ducks.

5.   He looks after our health.

6.   He collects rubbish from the bins outside our houses.

7.   She sells fruit and vegetables.

8.   She sells fresh flowers.

9.   He makes glasses for us.

10. He delivers our letters.


( untuk semak jawapan, sila lihat di ruangan comment )

Sunday 1 June 2014

Pendaftaran Agen Duit Raya

Teks: Rafizah Hamzah

Anda sedang mencari produk yang mahu dijual bila tiba musim ramadhan dan perayaan. Kami buka pendaftaran untuk mereka yang mahu menjadi agen duit raya.

Boleh lihat sini antara produk-produk yang ada  http://projekduithariraya.blogspot.com/
Mudah sangat, kalian hanya perlu daftar dan boleh mula terus berjualan. Bonus yang kami berikan dalam pendaftaran ini, kalian boleh belajar membina blog khas untuk produk ini, dan akan menerima 2 ebook tulisan Pn. Masayu Ahmad. Sementara belum siap blog, boleh mula promosi di fb, atau pages. Lagi best, nak   promosi offline pun boleh, pakat kumpul sama-sama rakan pejabat, ambil order dari jiran tetangga, lebih jimat dari segi kos penghantaran.


Pakej produk yang disediakan sememangnya sangat sesuai untuk suri rumah dan suri bekerja yang super duper sibuk. Bila ada pakej-pakej mudah memasak ini, kerja-kerja di dapur menjadi lebih cepat dan mudah.










Yuran pendaftaran projek duit raya
RM 150
boleh mula jualan terus menerus
Daftar terus di sini
http://projekduithariraya.blogspot.com/p/pendaftaran.html

Thursday 29 May 2014

Cuti Sekolah / Matematik

Teks: Rafizah Hamzah.

     Cuti sekolah sudah bermula. Riang gembiranya anak-anak. Mungkin lega kerana tidak perlu susah payah bangun awal pagi,  menanggung beban mengendong berat beg, tidak perlu mengadap wajah cikgu yang bengkeng dan pelbagai lagi alasan yang keluar dari minda mereka.

     Bagi ibubapa pula, apa agaknya alasannya ya. Mungkin ada yang merasa lega kerana tidak perlu kelam kabut menghantar atau mengambil anak-anak ke sekolah, kurang sedikit belanja kerana tidak payah menambah petrol kereta atau jimat  wang saku anak-anak. Tidak kurang juga, ada ibubapa yang pening kepala....aduh, ribut taufan bakal melanda...mengadap karenah anak-anak 24 jam, stok makanan di rumah bertambah, jumlah CD kena tambah atau PSP terpaksa beli baru dan ada juga ibubapa yang mengurut dahi kerana semesta ke dua perlu membayar duit buku atau menambah dan mengganti keperluan sekolah anak-anak.

     Walau apapun alasannya, cuba pastikan masa cuti anak-anak terisi dengan aktiviti bermanfaat. Cuma pastikan anak-anak tidak terlalu leka dengan televisyen, PSP, bermain dan merayau-rayau tanpa arah. Rebutlah peluang cuti sekolah ini dengan menghampiri mereka dan ambil tahu keadaan mereka. Mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga lupa yang kita ada anak-anak yang amat perlu perhatian dari kita. Bercuti dan beriadah adalah aktiviti yang paling sesuai untuk aktiviti keluarga.

     Apa kata sebagai permulaan, cuba selesaikan soalan-soalan di bawah bersama anak-anak anda. Siapa tahu, mungkin cara begini dapat mendatangkan minat anak anda untuk terus belajar. Yalah asyik mengadap buku sahajakan pasti mereka bosan.


SOALAN MATEMATIK (UPSR).

1.  Puan Norazlina membeli 2 helai seluar dan 6 helai tuala dengan jumlah harga RM96.00. Harga sehelai seluar  ialah RM 24.00. Berapakah purata harga sehelai tuala?

2.  44 biji daripada sejumlah 80 biji jambu batu yang dibeli oleh Rizal telah dimakan. Berapakah peratus jambu batu yang belum dimakan?

3.   Che Pa ada 240 utas gelang getah. Bilangan gelang getah Linda adalah 20% lebih daripada Che Pa. Berapakah jumlah gelang getah Che Pa dan Linda?

4.   Rosli menjual sekampit beras yang beratnya 10 kg dengan harga RM18.50. Jika dia mendapat keuntungan sebanyak RM 2.80, berapakah harga kos sekilogram beras itu?

5.   Hafeeza membeli 5 biji durian dengan jumlah harga RM22.00. Dia kemudian membeli 3 biji durian yang lain dengan harga RM 6.00 sebiji. Berapakah purata harga sebiji durian bagi kesemua durian yang dibeli oleh  Hafeeza?   


( untuk semak jawapan, sila lihat di ruangan comment...selamat mencuba )


Monday 26 May 2014

Pink Guava

Teks: Rafizah Hamzah.

Lega rasanya tugasan utama Akademi Bekerja Di Rumah telah selesai. Terima kasih tidak terhingga kepada mentor kesayangan saya Cikgu Anys Idayu yang sangat sabar melayan karenah dan memberi tunjuk ajar kerana kadang-kadang kami beronline hingga awal pagi. Terfikir juga kalau Cikgu Anys ada di depan saya, mesti saya kena kejar keliling rumah sebab ada ketika saya tidak dapat siapkan walau berkali-kali diberi penerangan. Menyiapkan borang tempahan adalah yang paling mencabar kerana  memakan masa hampir tiga minggu.

Sedang terfikir-fikir apa yang hendak dipublish hari ini, sambil membelek-belek katalog DXN, saya terjumpa info ini:

Buah Jambu Batu Pink ( Pink Guava ). 

Buah jambu batu merah adalah sejenis buah berwarna hijau kuning dengan isi yang berwarna merah jambu gelap, berasal dari Amerika dan Mexico. Kini ia ditanam secara besar-besaran di negara tropika. Buah jambu batu merah mengandungi vitamin A dan B serta kaya dengan Vitamin C. Ia juga mengandungi serat diet dan mineral. Likopena dan anti-oksida yang terdapat di dalam buah jambu batu merah dapat membantu melindungi badan dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.





Harga: RM 21.50 
(tidak termasuk pos)



Tidak lama lagi Bulan Ramadhan akan tiba. Minuman DXN Pink Guava akan menjadi salah satu hidangan minuman utama ketika berbuka puasa.  Bila tiba Bulan Syawal pula, sudah pasti ia akan dihidangkan bersama-sama  dengan juadah dan biskut raya untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah. 

Jom kita nikmati segelas Pink Guava minuman nutrisi ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kepada sesiapa yang hendak mendapatkan minuman ini atau sesiapa yang ingin sertai saya untuk menjadi ahli DXN Marketing Sdn Bhd, pm saya Rafizah Hamzah, whatsapp: 016-7466929 atau email: pn.rafizahhamzah@gmail.com atau boleh isi borang tempahan.




Sunday 18 May 2014

Selamat Hari Guru.

Teks : Rafizah Hamzah.

Hari Guru setiap tahun disambut pada 16hb Mei. Semua sekolah tidak terkecuali. Rata-rata mereka berpendapat, hari  guru ialah hari memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru yang telah mendidik dan mengajar  kita. Apa istimewanya hari guru sebenarnya? Sudah semestinya seorang guru dirai dengan penuh ceria dan  kasih sayang selain ucapan dan hadiah.

Ini adalah pendapat saya dari perspektif seorang guru. Mengajar dan mendidik bukanlah  sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi  kami  adalah barisan  guru pertama yang membentuk dan melentur kanak-kanak ini. Kamilah barisan guru pertama yang  memperkenalkan mereka dengan huruf a,b,c, 1, 2, 3 dan pertama kali memegang pensel (belajar menulis).  Namun pada sesetengah orang di luar sana menganggap peranan kami sebagai seorang guru tadika adalah sangat kecil dan tidak mempunyai nilai.

Seperti ibu bapa, kami  juga menaruh harapan yang amat  tinggi  ketika mengajar iaitu mengharapkan  murid yang kami  ajar menjadi pandai. Seluruh pengetahuan, usaha dan tenaga dicurahkan pada murid tersebut. Namun tidak semua murid memiliki bakat dan kepandaian yang sama. Perkembangan awal setiap kanak-kanak adalah berbeza sama sekali. Ada yang cepat menerima pelajaran tak kurang juga yang amat lambat untuk menyerap apa yang telah diajar. 

Namun tidak dinafikan, ada juga  segelintir ibu bapa yang mempertikaikan kewibawaan kami sebagai seorang guru. Kadang kala, sesalahan terus diletakkan dibahu kami kerana anak mereka tidak pandai  dalam pelajaran dan gagal dalam peperiksaan. Di sinilah cabaran yang harus di galas  oleh kami. Kesabaran dan rasa penuh tanggugjawab tidak  pernah kami abaikan.

Walauapapun pandangan dan tanggapan  ibubapa dan orang di luar sana  terhadap  kami, ia tidak sedikit pun dapat  mematahkan semangat kami untuk terus menjadi guru dibarisan pertama. Kami amat bangga kerana kamilah yang memulakan langkah mereka. Kami amat berterima kasih kepada ibu bapa yang percayakan kemampuan kami untuk mendidik dan membimbing anak mereka.

Akhir sekali dengan rasa hormat dan rendah diri  saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang  pernah mendidik dan membimbing saya. Jasa kalian tidak pernah saya lupakan dan saya hargai hingga akhir nanti. Tidak lupa juga buat guru-guru dan teman seperjuangan teruskan usaha mendidik dan membimbing anak watanmu......

SELAMAT HARI GURU.

Terima kasih ibu.

Teks : Rafizah Hamzah

Sebenarnya sambutan hari ibu setiap hari  tidak mencukupi apatah lagi setahun sekali. Adakah setimpal ingatan setahun sekali kepada ibu yang melahirkan kita. Ibu patut kita rai setiap hari sebagai mana  mereka merai kita setiap hari  dengan  hidangan makanan dan minuman, pakaian bersih, keselesaan, rasa selamat dan kesihatan  setiap  hari.

Pada  tahun ini sebenarnya kami adik beradik, masing-masing belum ada perancangan untuk sambutan hari ibu kerana masih ada dua hari sebelum hari ibu. Kami biasa merancang pada saat-saat akhir.

Namun secara kebetulan dan tanpa dirancang, saya yang hendak ke klinik, singgah di rumah ibu. Adik memang telah merancang untuk memotong kek sahaja buat ibu. Adik-adik  yang lain datang membawa mee dan kuih.  Sepulangnya saya dari klinik, kami singgah membeli sate. Jadinya kami sambut hari ibu dua hari lebih awal.

Saya sendiri sebagai seorang ibu setiap tahun pasti menerima kad ucapan daripada dua orang anak saya, kerana dua orang lagi masih  kecil.

Saya amat bahagia menjadi seorang ibu. Impian saya, sebagai seorang ibu ingin melihat setiap kejayaan anak-anak saya. Harapan saya agar mereka menjadi seorang yang berpegang teguh kepada agama, bertanggungjawab, berwibawa, mempunyai hati yang murni, saling menyayangi antara satu sama lain dan tidak pernah lupa kami ibu bapanya,  di dalam doa mereka.

Harapan saya juga agar dapat menjadi seorang ibu mithali, penyayang, pelindung, sahabat dan teman ketika mereka susah dan senang.

Kepada ibu-ibu di luar sana, walaupun agak lambat, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu semoga menjadi ibu mithali dan anak-anak kita menjadi anak yang solehah. Tidak lupa kepada ibu saya, terima kasih ibu atas pengorbanan mu selama ini.

Terima kasih ibu.

Tuesday 13 May 2014

Fenomena gerhana / Sains

Teks:  Rafizah Hamzah

Anda pernah lihat gerhana? Gerhana  ialah suatu fenomena alam yang melibatkan tiga objek di dalam Sistem Suria iaitu Matahari, Bulan dan Bumi. Fenomena ini  berlaku  apabila Bulan atau Matahari kelihatan hilang daripada pandangan samaada sebahagian atau keseluruhannya.

Bulan beredar menggelilingi Bumi dan pada masa yang sama Bulan dan Bumi beredar mengelilingi Matahari. Kadang kala Matahari, Bumi dan bulan berada dalam kedudukan sebaris dan menyebabkan fenomena gerhana berlaku.

Gerhana berlaku disebabkan oleh sifat cahaya iaitu cahaya bergerak lurus dan cahaya tidak dapat menembusi objek legap.

Gerhana Bulan.
Gerhana ini berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan pada keduddukan sebaris. Bumi  menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bulan. Bayang-bayang Bumi akan melindungi permukaan bulan. Kita hanya dapat melihatnya pada waktu malam. Gerhana Bulan separa berlaku apabila sebahagian Bulan bergerak memasuki bayang-bayang Bumi. Gerhana Bulan penuh  berlaku apabila keseluruhan Bulan bergerak memasuki bayang-bayang Bumi.

Gerhana Matahari.
Gerhana ini berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi pada kedudukan sebaris. Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi. Bayang-bayang Bulan akan melindungi sebahagian permukaan bumi. Gerhana Matahari hanya dapat diperhatikan pada waktu siang. Ketika gerhana matahari penuh, angkasa menjadi gelap ketika hari siang. Gerhana matahari penuh hanya berlaku selama beberapa minit.

Thursday 8 May 2014

Alahai anak emak / Bahasa Malaysia

Teks: Rafizah Binti Hamzah.

Anak-anak yang bersekolah pada masa kini, amat besar cabarannya. Dulu, masa zaman saya sekolah, balik dari sekolah agama, selepas mandi dan siapkan kerja sekolah, saya akan keluar bermain. Permainan kegemaran saya ialah menunggang basikal atau merayau (seluruh kampung) aktiviti lasak yang saya buat antaranya ialah   meredah belukar dan menangkap ikan di alur air. Hari hujan adalah hari yang paling saya gembira kerana dapat bermain air.  Saya akan duduk dibawah bukit menunggu air dari atas bukit jatuh. 

Tetapi di zaman serba moden dan zaman IT ini aktiviti ini sudah berkurangan. Mungkin hanya terdapat di luar bandar sahaja. Kanak-kanak di zaman ini lebih gemar menghabiskan masa di depan kaca televisyen atau komputer bermain 'game'.  

Namun tidak kurang juga yang sibuk dengan aktiviti sekolah, kokurikulum,  kelas tuisyen, kelas muzik, kelas taekwondo dan berbagai aktiviti luar yang dirasakan sesuai oleh ibu bapa mereka. Jadual harian mereka penuh seolah-olah tiada lagi ruang untuk berehat atau beriadah.

Kebanyakkan dari murid yang datang ke kelas tuisyen saya berada dalam keadaan agak keletihan kerana seharian dengan aktiviti sekolah, kokurikulum, sukan dll. Anak saya sendiri menolak untuk ke kelas tuisyen. Alasan yang diberikan, kalau abang ke kelas tuisyen, mana ada masa nak buat kerja sekolah. Kenapa saya hendak menghantar anak saya ke kelas tuisyen? Tahun ini anak saya akan menduduki peperiksaan UPSR lagi pula anak saya sekolah bukan aliran melayu. Jadi agak sukar untuk saya bimbing dia belajar kecuali Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 

Sebagai seorang ibu, sudah pasti menginginkan anak yang terbaik, pandai, rajin dan semuanya sempurna. Namun saya mengukur kemampuan anak saya mengikut apa yang dia mampu dilakukan. Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam pelajarannya. Apa yang saya mahu ialah seorang anak yang mempunyai jati diri yang kuat, iman yang teguh, bertanggugjawab, sayang keluarga dan rajin berusaha.



Baiklah sebagai permulaan kelas tuisyen, apa kata kita mulakan dengan beberapa bidalan. 

Apa itu bidalan? Bidalan merupakan kata-kata yang digunakan dalam masyarakat Melayu dengan tujuan memberi nasihat, teladan dan pengajaran.

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
Ertinya:  Buat kerja lain sebelum mendapat kerja yang lebih bagus atau menggunakan barang yang kurang baik dahulu sementara menunggu barang baik.

Enggang lalu ranting patah.
Ertinya:  Seseorang yang mendapat susah kerana secara kebetulan.

Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh.
Ertinya:  Jangan berlagak pandai kerana sikap itu tidak disenangi dan sebaik-baiknya biar bodoh dan selalu bertanya sebab itu akan membawa kejayaan.

Sebesar-besar bumi, ditampar tidak kena.
Perkara yang nampak sahaja mudah tetapi sukar menyelesaikannya.

Sudah calit jangan palit.
Jika diri sendiri yang melakukan kejahatan atau kesalahan, jangan membabitkan orang lain yang tiada kaitan.

Sekian untuk hari ini.  

Tentang saya dan bisnes.

Bismillahirahmannirrahim.

Saya adalah wanita biasa, seorang suri rumah yang bekerjaya yang masih menyimpan azam untuk menjadi seorang wanita yang luar biasa. Sebelum saya teruskan, saya ingin memperkenalkan diri dahulu. Nama penuh saya ialah Rafizah Binti Hamzah dan berumur  39 tahun. Anda boleh menghubungi saya melalui Email:   pn.rafizahhamzah@gmail.com, atau di blog:  http://rafizahhamzah.blogspot.com/, atau laman facebook:  Rafizah Hamzah dan watsapp: 016-7466929.

Nama syarikat pembekal ialah DXN  Marketing Sdn Bhd. Ini adalah syarikat jualan langsung. Produk ini berasaskan  cendawan ( Lingzhi ). Produk Lingzhi ini amat berkait rapat dengan kesihatan kita.

Produk ini dapat di kategorikan kepada Siri Pemakanan Kesihatan, Siri Kosmetik dan Penjagaan Kulit, Siri Penjagaan Rumah dan DXN Aquazeon ( Energy Water System ).

Berikut dua produk popular:


Reishi Gano (RG) dan Ganocelium (GL)



DXN Lingzhi Coffe 3 in 1


Sebenarnya, saya masih baru dalam bisnes online. Baru belajar dan belum khatam lagi. Saya baru menjadi ahli produk ini. Namun begitu, produk ini telah saya kenali sejak tahun 1998 lagi. Saya kenal produk ini semenjak ayah saya di serang penyakit angin ahmar pada tahun tersebut. Atas saranan temannya, beliau menggunakan produk ini hingga ke hari ini. Alhamdulillah, selepas menggunakan produk ini banyak perubahan yang dapat dilihat. Walaupun tidak sekuat  dahulu, ada masanya beliau boleh memandu kereta dan yang paling ketara ialah beliau dapat meneruskan hobinya iaitu pergi memancing. Kenapakah terlalu lama baru saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli? Ini disebabkan saya kurang pengetahuan dalam bidang jualan dan tidak mahir dalam berkomunikasi. Tapi kini, setelah belajar sedikit tentang bisnes melalui pengalaman dan tambahan pula saya melibatkan diri di Akademi Bekerja Di Rumah, saya ada keyakinan untuk pergi lebih jauh. 

Kategori Bisnes ini ialah bisnes MLM atau jualan langsung . Bisnes ini boleh dibuat secara offline atau online. DXN Marketing Sdn Bhd mempunyai websitenya iaitu https://mlml.dxn2u.com/ 

Walaupun masih baru dan pengalaman belum benar-benar bermula tetapi saya dapat merasakan bahang dan dugaan serta.cabaran yang sedang menanti amat mencabar kerana melalui pengalaman lalu, pelbagai masalah dan rintangan akan berlaku. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang setiap hari, satu hari satu rintangan. Sudah pasti berhadapan dengan karenah manusia yang tidak dapat diramal, masalah kewangan iaitu kerugian akibat pelanggan lari atau tidak bayar. Semua ini saya sudah alami melalui pengalaman lalu. Apabila saya melangkah kaki memasuki dunia ini saya  pasti telah cukup bersedia dari segi fizikal dan mental. Saya sahut cabaran ini dengan fikiran yang positif.

Saya akui saya bukanlah seorang yang mempunyai kepakaran tertentu tapi saya   percaya  jika kita terus belajar dan mencuba, buat sesuatu kerja secara konsisten dan berterusan sudah pasti kita akan menjadi terbiasa dan pakar. Saya akan tumpukan pada komunikasi, pengetahuan tentang produk dan peka kepada situasi  yang berlaku  di sekeliling kehidupan kita.

Saya akan mencuba beberapa kaedah untuk memasarkan produk ini. Sudah tentu salah satunya melalui online. Produk akan mengemaskini produk-produk yang berkaitan. Secara offline pula, saya akan cuba bina downline atau rangkaian perniagaan. Selain itu saya akan mengedarkan brosur atau risalah produk kepada jiran-jiran yang berdekatan bertujuan hanya untuk memberitahu saya ada menjual produk ini.

Saya masih belum boleh melabel bisnes ini sebagai berjaya kerana saya baru bermula. Tapi saya mempunyai target atau matlamat jika saya berjaya membeli sesuatu  seperti kereta atau sebuah lagi rumah, barulah saya akan letak bisnes saya sebagai suatu kejayaan.

Apabila kita berbisnes, pastinya kemahiran komunikasi amat penting.  Dari cara percakapan dapat menarik minat orang untuk mendengar. Dengan cara berkomunikasi yang betul dapat menyelesaikan masalah dan salah faham yang akan timbul. Banyak membaca akan dapat membantu kita mencari idea secara spontan apabila bercakap. Kemahiran menulis juga amat penting terutama bila menjual secara online. Menulis secara konsisten dan berterusan pasti akan, dapat membantu mengeluarkan idea-idea yang bernas.

Saya tidak pernah menyertai mana-mana bengkel atau seminar.

Untuk mencari pelanggan bukanlah mudah, apatah lagi mengekalkan mereka menjadi pelanggan kita. Pada pendapat saya untuk mengekalkan pelanggan kita, mereka haruslah menjadi rakan atau kawan kita. Selalu bertanya khabar dan ambil tahu ( perkhidmatan ) secara berterusan. Seperti contoh, produk saya ini lebih dekat dengan mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Orang sakit akan lebih rasa dihargai jika kita mengambil tahu atau bertanya tentang sakit atau kesihatan mereka.

Saya amat berbesar hati jika mereka di luar sana ingin dan mahu menyertai bisnes ini. Kalau boleh saya ingin menjadikan kumpulan ini sebuah kumpulan yang hebat, saling berganding bahu, berjaya mencapai impian masing dan dapat menikmati hidup dengan tenang. Seperti di Akademi Bekerja Di Rumah. Saya amat kagum dengan setia kawan dan sama-sama membina kejayaan.

Dalam perancangan, saya akan terus cuba mengadakan perhubungan dengan pelanggan walaupun selepas jualan. Satu perkara yang biasa disukai oleh pembeli ialah hadiah. Sebagai contoh, beli satu barangan,  percuma barang yang lain. Selain itu, sebagai permulaan mungkin saya boleh memberi sample percubaan kepada mereka untuk mereka cuba. Juga jika saya ada rangkaian perniagaan,  kami akan bekerja sebagai sebuah keluarga. Walaupun ianya nampak biasa, tetapi ia mungkin unik dimata sesetengah pihak.

Sebenarnya, apapun yang kita lakukan jika ikhlas dan berada dijalan yang betul, kita tidak salah memilih jalan hidup kita. Sebelum kita mengambil keputusan untuk memulakan atau melakukan sesuatu seharusnya kita siap sedia dari segi fizikal dan mental. Setelah kita berusaha keras, tawakal sahaja pada Allah kerana Dia yang memberi rezeki kepada kita. Adakalanya memang itulah yang 'perlu' untuk kehidupan kita. Dan akhir sekali jangan terlalu sombong untuk meminta kepadaNya ( berdoa ). Jika semua kita telah lakukan, kita tidak perlu takut untuk mengorak langkah.

Sunday 4 May 2014

Jahitan Dunia Tanpa Sempadan.

Teks: Rafizah Hamzah.


   Dunia jahitan, bukanlah suatu perkara yang asing lagi terutama kepada surirumah pada masa kini. Walaubagaimana tidak pandainya kita sekalipun menggunakan mesin jahit, tetapi ada masanya kita terpaksa memegang  jarum dan benang terutama jika baju atau seluar orang tersayang koyak atau butang tercabut.

   Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang jahitan. Mengambil tempahan secara sambilan adalah hanya untuk mengisi masa yang terluang dan mencuba kemahairan yang ada sambil menjaga keluarga dan menguruskan rumahtangga. Saya sendiri belajar menjahit dengan merujuk buku-buku panduan jahitan.

   Dunia jahitan dan dunia fesyen kini bergerak seiringan. Seperti dunia IT, aliran dan perubahan berlaku terlalu drastik kerana tanpa kita sedari banyak fesyen-fesyen terkini seolah berlumba-lumba untuk mendapat tempat di hati pengemar fesyen.  Antara jahitan yang popular menjadi pilihan ialah baju dan seluar, tudung, aksesori ruang tamu,  aksesori bilik tidur, aksesori ruang makan dan dapur, kraftangan seperti beg, keychain dan anak patung, manik dan sulaman.

   Kebanyakan jahitan yang digemari ini, hanyalah berdasarkan hobi, minat dan suka-suka. Namun ia menjadi habit dan cenderung untuk lebih kedepan dan boleh menjana pendapatan. Jika ia dilakukan dengan kesungguhan dan minat yang berterusan sudah pasti ia boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Bukan sahaja dari hasil jahitan boleh menghasilkan pendapatan, malah kini banyak buku-buku dan ebook diterbitkan berkenaan dengan jahitan juga dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan.

   Dunia jahitan kini bukan sahaja diminati oleh kaum hawa, tetapi kaum adam juga sama-sama berganding bahu memeriahkan dunia jahitan ini. Buktinya, ada ramai pereka fesyen lelaki dan butik pakaian dan jahitan dimiliki oleh kaum adam.

   Pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya katakan yang dunia jahitan juga adalah dunia tiada sempadan. Banyak rekaan fesyen malah setiap hari ada sahaja rekaan baru diketengahkan oleh pereka-pereka fesyen di dalam mahu pun di luar negara.



TIPS JAHITAN: 


  • Tips jahitan untuk hari ini ialah untuk mereka yang baru  mula belajar jahit atau yang kurang mahir, seelok-eloknya, buatlah pola sebelum anda memotong kain. Ini dapat mengelakkan daripada tersalah potong atau ukuran tidak tepat. Dengan adanya pola juga dapat mengesan kesalahan awal sebelum kita memotong kain.

Monday 21 April 2014

Pengalaman guru terbaik.

Teks : Rafizah Hamzah.


     Pengalaman tidak boleh dijual beli. Pengalaman adalah guru terbaik diri  seseorang. Setiap orang berbeza pengalaman.


    Sebagai  seorang surirumah sepenuh masa, kerjaya sebagai seorang tukang jahit dan guru tuisyen dalam satu masa agak mencabar kerana dalam  masa yang sama juga terpaksa menguruskan rumah tangga dan anak yang mula bersekolah. Pengalaman yang saya perolehi amat berharga. Pahit dan manis bertukar ganti.


  Masih segar dalam ingatan semasa mula-mula ambil tempahan menjahit. Macam-macam rasa ada. Lama juga tenung kain tersebut.  Takut hendak  potong sebab takut rosak atau salah potong. Tapi, saya nekad kalau tidak mencuba mana tahu kebolehan kita sampai setakat mana. Syukur, saya berjaya atasinya. Pelanggan puas hati dengan hasil jahitan saya. Yang paling saya tidak boleh lupa, saya menjahit gaun untuk majlis potong jambul anak saya dan baju bertunang adik saya.


     Namun setiap kemanisan kejayaan  pasti ada terselit kepahitan yang pasti menjadi pengajaran. Antara  pengalaman pahit pula  ialah bila saya  tersalah potong kain, kain terbakar semasa streka, kain untuk baju saya   jahit untuk kain dan sebagainya. Antara pengalaman  lain, saya pernah tidak tidur malam kerana menyiapkan upah  tulang  belut dari kedai jahit.


   Saya suka mencuba sesuatu yang baru, saya memberanikan diri untuk membuka kelas tuisyen di rumah. Suami sentiasa memberi galakan. Bahkan keperluan seperti ruang mengajar, meja, kerusi, papan tulis dan kipas syiling turut  disediakan oleh suami. Terasa saya  sangat bertuah kerana suami dapat memahami keinginan saya.


  Pilihan untuk membuka kelas tuisyen tidak salah. Kelas saya mendapat sambutan yang menggalakkan. Pernah saya terpaksa menolak permintaan ibubapa yang ingin menghantar anak mereka  kerana tidak  cukup tempat. Saya menempatkan seramai lapan hingga sepuluh orang dalam satu-satu masa. Pengalaman manis yang saya dapat dari membuka kelas tuisyen, ialah beberapa orang anak murid saya mendapat 5A, 4A 1B dan 3A. Sebagai guru tuisyen mereka,  saya berasa amat bangga. Pengalaman pahit pula, saya mengalami kerugian kerana ada ibubapa yang tidak membayar yuran. Ini kerana saya seorang yang agak berat mulut untuk bertanya dan meminta daripada ibubapa.


   Segala pengalaman pahit yang saya dapat saya terima dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif. Walaupun pada mulanya terasa ada ketidakadilan. Tapi mungkin itu bukan rezeki anak-anak saya.

Saturday 19 April 2014

Rutin hari cuti.

Teks : Rafizah Hamzah

     Hari ini hari cuti. Anak-anak pun tidak ke sekolah. Selepas suami ke tempat kerja, mata terkebil-kebil melihat melihat rumah yang kurang terurus beberapa hari ini. Adeh, banyak juga kerja yang perlu diselesaikan hari  ini.


   Baju yang sudah sebakul menanti untuk dibasuh dan dua  bakul untuk dilipat. Perabot yang mula menampakkan habuk sedang menunggu untuk dilap. Itu belum termasuk rutin harian yang biasa dilakukan seperti memasak, mencuci pinggan, melayan karenah anak-anak dan sebagainya. Dalam fikiran, ligat menyusun kerja yang mana perlu dilakukan dahulu.


     Alhamdulillah, jam lima petang baru dapat berehat setelah dari pagi tadi berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja tersebut. Walaupun tidak seratus  peratus  siap tetapi banyak juga yang dapat disiapkan termasuk dua kerja yang tidak dirancang iaitu basuh kereta dan bilik air.


     Semasa  sedang duduk mencari idea, terfikir pula tentang hari cuti. Apa sebenarnya perkara yang sepatutnya kita lakukan pada hari cuti? Pasti banyak jawapan yang terlintas difikiran kita. Sudah semestinya kita telah merancangnya  dari awal lagi. Ada yang hendak membawa keluarga berjalan-jalan, berkelah atau keluar kota untuk merehatkan fikiran. Tidak kurang juga merancang untuk menguruskan rumah  tangga yang  terbiar sejak beberapa hari yang lalu, terutama  ibu-ibu yang bekerja.


    Jika difikirkan semula, hari cuti hanyalah pada nama. Selagi kita  bernyawa, kita tetap  akan bekerja, walau pun pada hari cuti. Seperti kata Labi dalam cerita Labu Labi " Selagi belum  tutup mata, kerja, kerja, kerja "


      Walau apa pun yang kita lakukan pada hari cuti, pastikan ia diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Kalau kita  mempunyai keluarga, bersantailah bersama mereka. Sekiranya kita  masih ada ibubapa, adalah lebih elok jika kita membawa keluarga menjenguk mereka  sementara mereka masih ada.

Tuesday 15 April 2014

Pengenalan Diri

Teks : Rafizah Hamzah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan blog  semua.

   Saya, Rafizah Binti Hamzah, dilahirkan pada bulan Januari  1975, di  Johor Bahru. Telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hakim Chok, seorang penyayang dan amat memahami. Dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang lelaki iaitu Muhammad Aminul Arif 12 tahun, Muhammad Wan Ariffin 10 tahun dan dua orang perempuan iaitu Aisyah Maisara 4 tahun dan Aireen Qaisara 10 bulan. Kami adalah keluarga yang sederhana.

   Di usia begini saya masih mencari ruang dan  peluang perniagaan sama ada online atau offline. Pun begitu, jauh di sudut hati,  saya berharap agar dapat membuka sebuah kedai jahit atau butik suatu hari nanti.

    Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai seorang kerani di syarikat perabot dan syarikat jurukur tanah. Saya berhenti kerja setelah mendapat anak  pertama dan menjadi surirumah sepenuh masa. Saya isi masa yang terluang dengan menjahit yang mudah-mudah seperti sarung bantal, bantal, alas meja dan sebagainya. Dengan berpandukan buku belajar jahitan,  saya beranikan diri menjahit baju kurung, baju kebaya dan baju melayu. 

     Setelah mendapat anak ke dua, kami telah berpindah rumah. Di  tempat baru, sekali lagi saya memberanikan diri membuka kelas tuisyen dan mengambil tempahan menjahit baju dan langsir. Dengan dua kerjaya tersebut, dapat sedikit membantu suami yang pada ketika itu pendapatan masih tidak menentu.

     Selepas kelahiran anak  ke tiga, saya ditawarkan bekerja sebagai seorang guru tadika yang berdekatan dengan rumah. Saya bernasib baik kerana dibenarkan membawa anak-anak ke sekolah. Pada tahun lepas, saya telah dikurniakan lagi seorang puteri. Oleh kerana kekangngan masa, saya berhenti membuka kelas tuisyen buat sementara kerana menumpukan perhatian kepada baby dan keluarga. Namun begitu saya masih mengajar di  sekolah dan mengambil tempahan dengan kadar yang sederhana.

     Walaupun mengajar dan menjahit adalah hobi dan minat saya di masa kini, namun saya sedar minat dan kemahiran yang ada adalah cita-cita dan impian semasa saya kecil.

     Membaca juga salah satu hobi saya dimasa lapang. Buku motivasi, kaunserling, kekeluargaan adalah bahan bacaan utama pilihan saya disamping buku jahitan dan masakan.

     Matlamat jangka pendek ialah, saya ingin mengumpul seberapa banyak ilmu, pengalaman dan maklumat melalui online sebelum memulakan perniagaan online atau  offline. Selain itu saya ingin menambah menambah ramai kenalan. Matlamat jangka panjang pula dapat membuka perniagaan dengan produk sendiri dan berjaya dimasa hadapan.