Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan blog semua.
Saya, Rafizah Binti Hamzah, dilahirkan pada bulan Januari 1975, di Johor Bahru. Telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hakim Chok, seorang penyayang dan amat memahami. Dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang lelaki iaitu Muhammad Aminul Arif 12 tahun, Muhammad Wan Ariffin 10 tahun dan dua orang perempuan iaitu Aisyah Maisara 4 tahun dan Aireen Qaisara 10 bulan. Kami adalah keluarga yang sederhana.
Di usia begini saya masih mencari ruang dan peluang perniagaan sama ada online atau offline. Pun begitu, jauh di sudut hati, saya berharap agar dapat membuka sebuah kedai jahit atau butik suatu hari nanti.
Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai seorang kerani di syarikat perabot dan syarikat jurukur tanah. Saya berhenti kerja setelah mendapat anak pertama dan menjadi surirumah sepenuh masa. Saya isi masa yang terluang dengan menjahit yang mudah-mudah seperti sarung bantal, bantal, alas meja dan sebagainya. Dengan berpandukan buku belajar jahitan, saya beranikan diri menjahit baju kurung, baju kebaya dan baju melayu.
Setelah mendapat anak ke dua, kami telah berpindah rumah. Di tempat baru, sekali lagi saya memberanikan diri membuka kelas tuisyen dan mengambil tempahan menjahit baju dan langsir. Dengan dua kerjaya tersebut, dapat sedikit membantu suami yang pada ketika itu pendapatan masih tidak menentu.
Selepas kelahiran anak ke tiga, saya ditawarkan bekerja sebagai seorang guru tadika yang berdekatan dengan rumah. Saya bernasib baik kerana dibenarkan membawa anak-anak ke sekolah. Pada tahun lepas, saya telah dikurniakan lagi seorang puteri. Oleh kerana kekangngan masa, saya berhenti membuka kelas tuisyen buat sementara kerana menumpukan perhatian kepada baby dan keluarga. Namun begitu saya masih mengajar di sekolah dan mengambil tempahan dengan kadar yang sederhana.
Walaupun mengajar dan menjahit adalah hobi dan minat saya di masa kini, namun saya sedar minat dan kemahiran yang ada adalah cita-cita dan impian semasa saya kecil.
Membaca juga salah satu hobi saya dimasa lapang. Buku motivasi, kaunserling, kekeluargaan adalah bahan bacaan utama pilihan saya disamping buku jahitan dan masakan.
Matlamat jangka pendek ialah, saya ingin mengumpul seberapa banyak ilmu, pengalaman dan maklumat melalui online sebelum memulakan perniagaan online atau offline. Selain itu saya ingin menambah menambah ramai kenalan. Matlamat jangka panjang pula dapat membuka perniagaan dengan produk sendiri dan berjaya dimasa hadapan.
No comments:
Post a Comment