Hari Guru setiap tahun disambut pada 16hb Mei. Semua sekolah tidak terkecuali. Rata-rata mereka berpendapat, hari guru ialah hari memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru yang telah mendidik dan mengajar kita. Apa istimewanya hari guru sebenarnya? Sudah semestinya seorang guru dirai dengan penuh ceria dan kasih sayang selain ucapan dan hadiah.
Ini adalah pendapat saya dari perspektif seorang guru. Mengajar dan mendidik bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi kami adalah barisan guru pertama yang membentuk dan melentur kanak-kanak ini. Kamilah barisan guru pertama yang memperkenalkan mereka dengan huruf a,b,c, 1, 2, 3 dan pertama kali memegang pensel (belajar menulis). Namun pada sesetengah orang di luar sana menganggap peranan kami sebagai seorang guru tadika adalah sangat kecil dan tidak mempunyai nilai.
Seperti ibu bapa, kami juga menaruh harapan yang amat tinggi ketika mengajar iaitu mengharapkan murid yang kami ajar menjadi pandai. Seluruh pengetahuan, usaha dan tenaga dicurahkan pada murid tersebut. Namun tidak semua murid memiliki bakat dan kepandaian yang sama. Perkembangan awal setiap kanak-kanak adalah berbeza sama sekali. Ada yang cepat menerima pelajaran tak kurang juga yang amat lambat untuk menyerap apa yang telah diajar.
Namun tidak dinafikan, ada juga segelintir ibu bapa yang mempertikaikan kewibawaan kami sebagai seorang guru. Kadang kala, sesalahan terus diletakkan dibahu kami kerana anak mereka tidak pandai dalam pelajaran dan gagal dalam peperiksaan. Di sinilah cabaran yang harus di galas oleh kami. Kesabaran dan rasa penuh tanggugjawab tidak pernah kami abaikan.
Walauapapun pandangan dan tanggapan ibubapa dan orang di luar sana terhadap kami, ia tidak sedikit pun dapat mematahkan semangat kami untuk terus menjadi guru dibarisan pertama. Kami amat bangga kerana kamilah yang memulakan langkah mereka. Kami amat berterima kasih kepada ibu bapa yang percayakan kemampuan kami untuk mendidik dan membimbing anak mereka.
Akhir sekali dengan rasa hormat dan rendah diri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik dan membimbing saya. Jasa kalian tidak pernah saya lupakan dan saya hargai hingga akhir nanti. Tidak lupa juga buat guru-guru dan teman seperjuangan teruskan usaha mendidik dan membimbing anak watanmu......
SELAMAT HARI GURU.
No comments:
Post a Comment