Dunia jahitan, bukanlah suatu perkara yang asing lagi terutama kepada surirumah pada masa kini. Walaubagaimana tidak pandainya kita sekalipun menggunakan mesin jahit, tetapi ada masanya kita terpaksa memegang jarum dan benang terutama jika baju atau seluar orang tersayang koyak atau butang tercabut.
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang jahitan. Mengambil tempahan secara sambilan adalah hanya untuk mengisi masa yang terluang dan mencuba kemahairan yang ada sambil menjaga keluarga dan menguruskan rumahtangga. Saya sendiri belajar menjahit dengan merujuk buku-buku panduan jahitan.
Dunia jahitan dan dunia fesyen kini bergerak seiringan. Seperti dunia IT, aliran dan perubahan berlaku terlalu drastik kerana tanpa kita sedari banyak fesyen-fesyen terkini seolah berlumba-lumba untuk mendapat tempat di hati pengemar fesyen. Antara jahitan yang popular menjadi pilihan ialah baju dan seluar, tudung, aksesori ruang tamu, aksesori bilik tidur, aksesori ruang makan dan dapur, kraftangan seperti beg, keychain dan anak patung, manik dan sulaman.
Kebanyakan jahitan yang digemari ini, hanyalah berdasarkan hobi, minat dan suka-suka. Namun ia menjadi habit dan cenderung untuk lebih kedepan dan boleh menjana pendapatan. Jika ia dilakukan dengan kesungguhan dan minat yang berterusan sudah pasti ia boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Bukan sahaja dari hasil jahitan boleh menghasilkan pendapatan, malah kini banyak buku-buku dan ebook diterbitkan berkenaan dengan jahitan juga dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Dunia jahitan kini bukan sahaja diminati oleh kaum hawa, tetapi kaum adam juga sama-sama berganding bahu memeriahkan dunia jahitan ini. Buktinya, ada ramai pereka fesyen lelaki dan butik pakaian dan jahitan dimiliki oleh kaum adam.
Pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya katakan yang dunia jahitan juga adalah dunia tiada sempadan. Banyak rekaan fesyen malah setiap hari ada sahaja rekaan baru diketengahkan oleh pereka-pereka fesyen di dalam mahu pun di luar negara.
TIPS JAHITAN:
Pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya katakan yang dunia jahitan juga adalah dunia tiada sempadan. Banyak rekaan fesyen malah setiap hari ada sahaja rekaan baru diketengahkan oleh pereka-pereka fesyen di dalam mahu pun di luar negara.
TIPS JAHITAN:
- Tips jahitan untuk hari ini ialah untuk mereka yang baru mula belajar jahit atau yang kurang mahir, seelok-eloknya, buatlah pola sebelum anda memotong kain. Ini dapat mengelakkan daripada tersalah potong atau ukuran tidak tepat. Dengan adanya pola juga dapat mengesan kesalahan awal sebelum kita memotong kain.
No comments:
Post a Comment