Thursday 29 May 2014

Cuti Sekolah / Matematik

Teks: Rafizah Hamzah.

     Cuti sekolah sudah bermula. Riang gembiranya anak-anak. Mungkin lega kerana tidak perlu susah payah bangun awal pagi,  menanggung beban mengendong berat beg, tidak perlu mengadap wajah cikgu yang bengkeng dan pelbagai lagi alasan yang keluar dari minda mereka.

     Bagi ibubapa pula, apa agaknya alasannya ya. Mungkin ada yang merasa lega kerana tidak perlu kelam kabut menghantar atau mengambil anak-anak ke sekolah, kurang sedikit belanja kerana tidak payah menambah petrol kereta atau jimat  wang saku anak-anak. Tidak kurang juga, ada ibubapa yang pening kepala....aduh, ribut taufan bakal melanda...mengadap karenah anak-anak 24 jam, stok makanan di rumah bertambah, jumlah CD kena tambah atau PSP terpaksa beli baru dan ada juga ibubapa yang mengurut dahi kerana semesta ke dua perlu membayar duit buku atau menambah dan mengganti keperluan sekolah anak-anak.

     Walau apapun alasannya, cuba pastikan masa cuti anak-anak terisi dengan aktiviti bermanfaat. Cuma pastikan anak-anak tidak terlalu leka dengan televisyen, PSP, bermain dan merayau-rayau tanpa arah. Rebutlah peluang cuti sekolah ini dengan menghampiri mereka dan ambil tahu keadaan mereka. Mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga lupa yang kita ada anak-anak yang amat perlu perhatian dari kita. Bercuti dan beriadah adalah aktiviti yang paling sesuai untuk aktiviti keluarga.

     Apa kata sebagai permulaan, cuba selesaikan soalan-soalan di bawah bersama anak-anak anda. Siapa tahu, mungkin cara begini dapat mendatangkan minat anak anda untuk terus belajar. Yalah asyik mengadap buku sahajakan pasti mereka bosan.


SOALAN MATEMATIK (UPSR).

1.  Puan Norazlina membeli 2 helai seluar dan 6 helai tuala dengan jumlah harga RM96.00. Harga sehelai seluar  ialah RM 24.00. Berapakah purata harga sehelai tuala?

2.  44 biji daripada sejumlah 80 biji jambu batu yang dibeli oleh Rizal telah dimakan. Berapakah peratus jambu batu yang belum dimakan?

3.   Che Pa ada 240 utas gelang getah. Bilangan gelang getah Linda adalah 20% lebih daripada Che Pa. Berapakah jumlah gelang getah Che Pa dan Linda?

4.   Rosli menjual sekampit beras yang beratnya 10 kg dengan harga RM18.50. Jika dia mendapat keuntungan sebanyak RM 2.80, berapakah harga kos sekilogram beras itu?

5.   Hafeeza membeli 5 biji durian dengan jumlah harga RM22.00. Dia kemudian membeli 3 biji durian yang lain dengan harga RM 6.00 sebiji. Berapakah purata harga sebiji durian bagi kesemua durian yang dibeli oleh  Hafeeza?   


( untuk semak jawapan, sila lihat di ruangan comment...selamat mencuba )


2 comments:

  1. Kalau dah dapat jawapan, boleh tinggalkan jawapan di sini. Boleh kita sama-sama berkongsi ilmu. :)

    ReplyDelete
  2. Jawapan Matematik :

    Soalan 1:

    Seluar = RM 24 X 2 = RM 48

    Tuala = RM 96 - RM 48 = RM 48

    Purata harga sehelai tuala = RM 48 / 6 = RM 8


    Soalan 2:

    Jambu batu = 80 biji - 44 biji (telah dimakan) = 36 biji

    Peratus jambu yang belum dimakan = 36 biji / 80 biji X 100% = 45%


    Soalan 3:

    Gelang getah Che Pa = 240 utas

    Gelang getah Linda = 240 utas + 48 utas ( 20% ) = 288 utas ( 20 / 100 X 240 = 48 )

    Gelang getah Che Pa dan Linda = 240 utas + 288 utas = 528 utas


    Soalan 4:

    Sekampit beras 10 kg = RM 18.50

    Kos sekampit beras = RM 18.50 - RM 2.80 = RM 15.70 (harga - untung = kos)

    Harga kos sekilogram beras = RM 15.70 / 10 = RM 1.57


    Soalan 5:

    Durian 5 biji = RM 22

    Durian 3 biji = RM 6 X 3 biji = RM 18

    Jumlah 8 biji durian = RM 22 + RM 18 = RM 40

    Purata Durian = RM 40 / 8 = 5 biji durian.

    ReplyDelete