Saturday 14 June 2014

Mulakan hari dengan ceria / Matematik

Teks: Rafizah Hamzah.

Hari pertama persekolahan semesta ke dua (Negeri Johor). Ada tak pepagi ni ibu-ibu yang kelam kabut siapkan anak-anak ke sekolah. Maklumlah, sudah tiga minggu anak-anak bangun lewat, pasti pagi ni ada yang liat nak bangun pagi. Rasanya ada juga ibu-ibu yang terlewat bangun terlupa kunci jam.

Walau apa pun, ibu-ibu mulakan hari dengan ceria, berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sahaja kerana kita akan kekal begitu seharian. Sebelum meneruskan tugas rutin, pastikan bersarapan dulu,  walaupun dengan sekeping biskut dan secawan kopi. 

Seperti selalu saya akan tinggalkan beberapa soalan Matematik untuk latih tubi anak-anak kita. Saya berharap soalan-soalan yang saya tinggalkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Andai ada yang kurang faham boleh pm atau email saya.


SOALAN MATEMATIK.

Soalan 1.

Pak Samad membela 72 ekor ayam dan 60 ekor itik. 1/4 daripada ayam dan 2/5 daripada itik telah dijual. Hitungkan jumlah ayam dan itik yang belum dijual.


Soalan 2.

Untung daripada jualan 8 helai baju yang sama ialah RM 104, Harga jual sehelai baju itu ialah RM 49. Hitung harga kos sehelai baju itu.


Soalan 3.

Markah tiga orang murid dalam satu ujian:
Che Pa:  86
Ryzzal:   94
Lina:      96

Markah Nora adalah 3/4 daripada purata markah 3 orang murid di atas. Berapakah markah Nora? 


Soalan 4.

Panjang empat utas tali seperti berikut:
Merah:   70 cm
Biru:      1.3 m
Hijau:   95 cm
Putih:   1m 25 cm

Hitung purata panjang keempat-empat utas tali itu, dalam m.


Soalan 5.

Harga asal dan diskaun sepasang kasut dan sehelai baju.
Barang         Harga asal          Diskaun
Kasut             RM 80               15%
Baju               RM 50               20%

Hitung jumlah harga sepasang kasut dan sehelai baju selepas diskaun.


Jangan tak cuba tau...


( untuk semak jawapan, sila lihat di ruangan comment )


2 comments:

  1. JAWAPAN MATEMATIK.

    SOALAN 1.

    Ayam yang telah dijual = 1/4 X 72 = 18
    Ayam yang belum dijual = 72 - 18 = 54

    Itik yang telah dijual = 2/5 X 60 = 24
    Itik yang belum dijual = 60 - 24 = 36

    Ayam dan itik yang belum di jual = 54 + 36 = 90


    Soalan 2.

    Untung baju = RM 104 / 8 = RM 13
    Harga Kos sehelai baju = RM 49 - RM 13 = RM 3
    ( Harga Kos = Harga Jual - Harga Untung )

    Soalan 3.

    Markah 3 orang murid = 86 + 94 + 96 =276 ( purata = 276 / 3 = 92 )
    Markah Nora = 3 / 4 X 92 = 69

    Soalan 4.

    ( 1m = 100cm )

    Tali merah = 70 cm
    Tali biru = 1.3m ( 130 cm )
    Tali hijau = 95 cm
    Tali putih = 1m 25 cm ( 125 cm )

    Jumlah tali = 70 + 130 + 95 + 125 = 420cm
    Purata = 420 / 4 = 105cm /100 ( tukar cm ke m ) = 1.05m

    Soalan 5.

    * Untuk lebih mudah, tolakkan dulu % = K =100-15=85% B=100-20=80%

    Harga kasut selepas diskaun = 85 / 100 X 80 = RM 68
    Harga baju selepas diskaun = 80 / 100 X 50 = RM 40

    Harga kasut dan baju = RM 68 + RM 40 = RM 108


    *********************************************************************************

    ReplyDelete