Monday 23 June 2014

Terus usaha jangan berhenti / Matematik

Teks: Rafizah Hamzah.

Seminggu sibuk, tidak sempat hendak berblog. Siapkan tempahan langsir dan baju untuk hari raya . Sebolehnya hendak siapkan sebelum puasa. Maklumlah setiap tahun bila bulan puasa memang tidak menang tangan dibuatnya. Terasa tahun ini hendak menyiapkan beberapa cookies seperti tart gulung, cornfleks madu dan marmar carries untuk hari raya.

Hari ini seperti biasa saya senaraikan lima soalan Matematik. Bagi yang seronok membuat pengiraan teruskan. Bagi yang sedang mencuba, teruskan usaha anda jangan berhenti dan cepat putus asa. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. 


SOALAN MATEMATIK.

SOALAN 1.

Hassan ada 400 keping setem. Dia memberi 5% daripada setem itu kepada kawannya. Kemudian dia memberi 10% daripada baki setem itu kepada adiknya. Berapa kepingkah setem yang diberi kepada adiknya?

SOALAN 2.

Purata 4 biji durian di dalam sebuah bakul ialah 2.65 kg. Apabila sebiji durian lagi dimasukkan ke dalam bakul itu, purata berat kelima-lima biji durian menjadi 3.05 kg. Berapakah berat durian yang kelima itu?

SOALAN 3.

Laila membeli 15 m reben. Dia menghiasi 10 buah anak patung daripada reben itu. Jika setiap anak patung memerlukan 3/5 m reben, berapakah panjang reben yang tinggal?

SOALAN 4.

Harga sebungkus biskut ialah RM 2.50. Bagi setiap 5 bungkus biskut itu, potongan harga RM 2.00 ditawarkan. Razak membeli 12 bungkus biskut itu. Berapakan wang yang perlu Razak bayar?

SOALAN 5.

1/6 daripada 240 ekor ikan telah dijual. Bakinya diisikan secara sama banyak dalam 8 buah kotak. Berapakah ekor ikan terdapat dalam setiap kotak?


Selamat mencuba.....

( untuk semak jawapan, sila lihat di bahagian comment )


1 comment:


  1. JAWAPAN SOALAN MATEMATIK.


    SOALAN 1

    Kawan - Setem 5% daripada 400 keping = 5 / 100 X 400 = 20 keping

    Baki = 400 - 20 = 380 keping

    Adik - 10% dari Baki = 10 / 100 X 380 = 38 Keping


    SOALAN 2

    Purata 4 biji durian = 2.65kg X 4 = 10.60kg

    Purata 5 biji durian = 3.05kg X 5 = 15.25kg

    Berat durian yang ke lima = 15.25kg - 10.60kg = 4.65kg


    SOALAN 3

    Guna reben 3/5m hias 10 anak patung = 3 / 5 X 10 = 6 m

    Baki reben = 15 m - 6 m = 9 m


    SOALAN 4

    Biskut RM 2.50 X 12 = RM 30

    setiap 5 bungkus = RM2 ( ikut nisbah = 1:5 = RM2 , 2:10 = RM4 )

    Razak perlu bayar RM 30 - RM 4 = RM 26.00


    SOALAN 5.

    Jual ikan = 1 / 6 X 240 = 40 ekor

    Baki di isi dalam 8 kotak = 240 - 40 = 200 ekor.

    Jumlah dalam setiap kotak = 200 / 8 = 25 ekor

    ReplyDelete