Bismillahirahmannirrahim.
Saya adalah wanita biasa, seorang suri rumah yang bekerjaya yang masih menyimpan azam untuk menjadi seorang wanita yang luar biasa. Sebelum saya teruskan, saya ingin memperkenalkan diri dahulu. Nama penuh saya ialah Rafizah Binti Hamzah dan berumur 39 tahun. Anda boleh menghubungi saya melalui Email: pn.rafizahhamzah@gmail.com, atau di blog: http://rafizahhamzah.blogspot.com/, atau laman facebook: Rafizah Hamzah dan watsapp: 016-7466929.
Nama syarikat pembekal ialah DXN Marketing Sdn Bhd. Ini adalah syarikat jualan langsung. Produk ini berasaskan cendawan ( Lingzhi ). Produk Lingzhi ini amat berkait rapat dengan kesihatan kita.
Produk ini dapat di kategorikan kepada Siri Pemakanan Kesihatan, Siri Kosmetik dan Penjagaan Kulit, Siri Penjagaan Rumah dan DXN Aquazeon ( Energy Water System ).
Berikut dua produk popular:
Reishi Gano (RG) dan Ganocelium (GL)
DXN Lingzhi Coffe 3 in 1
Sebenarnya, saya masih baru dalam bisnes online. Baru belajar dan belum khatam lagi. Saya baru menjadi ahli produk ini. Namun begitu, produk ini telah saya kenali sejak tahun 1998 lagi. Saya kenal produk ini semenjak ayah saya di serang penyakit angin ahmar pada tahun tersebut. Atas saranan temannya, beliau menggunakan produk ini hingga ke hari ini. Alhamdulillah, selepas menggunakan produk ini banyak perubahan yang dapat dilihat. Walaupun tidak sekuat dahulu, ada masanya beliau boleh memandu kereta dan yang paling ketara ialah beliau dapat meneruskan hobinya iaitu pergi memancing. Kenapakah terlalu lama baru saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli? Ini disebabkan saya kurang pengetahuan dalam bidang jualan dan tidak mahir dalam berkomunikasi. Tapi kini, setelah belajar sedikit tentang bisnes melalui pengalaman dan tambahan pula saya melibatkan diri di Akademi Bekerja Di Rumah, saya ada keyakinan untuk pergi lebih jauh.
Kategori Bisnes ini ialah bisnes MLM atau jualan langsung . Bisnes ini boleh dibuat secara offline atau online. DXN Marketing Sdn Bhd mempunyai websitenya iaitu https://mlml.dxn2u.com/
Walaupun masih baru dan pengalaman belum benar-benar bermula tetapi saya dapat merasakan bahang dan dugaan serta.cabaran yang sedang menanti amat mencabar kerana melalui pengalaman lalu, pelbagai masalah dan rintangan akan berlaku. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang setiap hari, satu hari satu rintangan. Sudah pasti berhadapan dengan karenah manusia yang tidak dapat diramal, masalah kewangan iaitu kerugian akibat pelanggan lari atau tidak bayar. Semua ini saya sudah alami melalui pengalaman lalu. Apabila saya melangkah kaki memasuki dunia ini saya pasti telah cukup bersedia dari segi fizikal dan mental. Saya sahut cabaran ini dengan fikiran yang positif.
Saya akui saya bukanlah seorang yang mempunyai kepakaran tertentu tapi saya percaya jika kita terus belajar dan mencuba, buat sesuatu kerja secara konsisten dan berterusan sudah pasti kita akan menjadi terbiasa dan pakar. Saya akan tumpukan pada komunikasi, pengetahuan tentang produk dan peka kepada situasi yang berlaku di sekeliling kehidupan kita.
Saya akan mencuba beberapa kaedah untuk memasarkan produk ini. Sudah tentu salah satunya melalui online. Produk akan mengemaskini produk-produk yang berkaitan. Secara offline pula, saya akan cuba bina downline atau rangkaian perniagaan. Selain itu saya akan mengedarkan brosur atau risalah produk kepada jiran-jiran yang berdekatan bertujuan hanya untuk memberitahu saya ada menjual produk ini.
Saya masih belum boleh melabel bisnes ini sebagai berjaya kerana saya baru bermula. Tapi saya mempunyai target atau matlamat jika saya berjaya membeli sesuatu seperti kereta atau sebuah lagi rumah, barulah saya akan letak bisnes saya sebagai suatu kejayaan.
Apabila kita berbisnes, pastinya kemahiran komunikasi amat penting. Dari cara percakapan dapat menarik minat orang untuk mendengar. Dengan cara berkomunikasi yang betul dapat menyelesaikan masalah dan salah faham yang akan timbul. Banyak membaca akan dapat membantu kita mencari idea secara spontan apabila bercakap. Kemahiran menulis juga amat penting terutama bila menjual secara online. Menulis secara konsisten dan berterusan pasti akan, dapat membantu mengeluarkan idea-idea yang bernas.
Saya tidak pernah menyertai mana-mana bengkel atau seminar.
Untuk mencari pelanggan bukanlah mudah, apatah lagi mengekalkan mereka menjadi pelanggan kita. Pada pendapat saya untuk mengekalkan pelanggan kita, mereka haruslah menjadi rakan atau kawan kita. Selalu bertanya khabar dan ambil tahu ( perkhidmatan ) secara berterusan. Seperti contoh, produk saya ini lebih dekat dengan mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Orang sakit akan lebih rasa dihargai jika kita mengambil tahu atau bertanya tentang sakit atau kesihatan mereka.
Saya amat berbesar hati jika mereka di luar sana ingin dan mahu menyertai bisnes ini. Kalau boleh saya ingin menjadikan kumpulan ini sebuah kumpulan yang hebat, saling berganding bahu, berjaya mencapai impian masing dan dapat menikmati hidup dengan tenang. Seperti di Akademi Bekerja Di Rumah. Saya amat kagum dengan setia kawan dan sama-sama membina kejayaan.
Dalam perancangan, saya akan terus cuba mengadakan perhubungan dengan pelanggan walaupun selepas jualan. Satu perkara yang biasa disukai oleh pembeli ialah hadiah. Sebagai contoh, beli satu barangan, percuma barang yang lain. Selain itu, sebagai permulaan mungkin saya boleh memberi sample percubaan kepada mereka untuk mereka cuba. Juga jika saya ada rangkaian perniagaan, kami akan bekerja sebagai sebuah keluarga. Walaupun ianya nampak biasa, tetapi ia mungkin unik dimata sesetengah pihak.
Sebenarnya, apapun yang kita lakukan jika ikhlas dan berada dijalan yang betul, kita tidak salah memilih jalan hidup kita. Sebelum kita mengambil keputusan untuk memulakan atau melakukan sesuatu seharusnya kita siap sedia dari segi fizikal dan mental. Setelah kita berusaha keras, tawakal sahaja pada Allah kerana Dia yang memberi rezeki kepada kita. Adakalanya memang itulah yang 'perlu' untuk kehidupan kita. Dan akhir sekali jangan terlalu sombong untuk meminta kepadaNya ( berdoa ). Jika semua kita telah lakukan, kita tidak perlu takut untuk mengorak langkah.